awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
Mayat lelaki ditemukan dalam kereta di Ayer Keroh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat anggota polis lemas selamatkan anak, ditemui

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/07/2019
03:53 MYT
Mayat anggota polis lemas selamatkan anak, ditemui
Mangsa Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, ditemui di tepi jeti nelayan Sungai Senduk, Sungai mati, Tangkak oleh orang awam kira-kira 7.30 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Mayat seorang anggota polis yang lemas dihanyutkan arus deras selepas cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh di Sungai Muar berhampiran jeti di bangunan milik Pejabat Daerah Muar di sini pada lewat petang Isnin lalu, ditemui pagi tadi.

Mangsa Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, ditemui di tepi jeti nelayan Sungai Senduk, Sungai mati, Tangkak oleh orang awam kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu ditemui pada jarak sembilan kilometer (km) dari lokasi kejadian dan mayatnya dibawa naik ke jeti berhampiran sekitar 8.45 pagi tadi.

Terdahulu, dalam kejadian lewat petang Isnin itu, mangsa dikatakan datang ke kawasan berkenaan untuk menghantar bungkusan makanan kepada rakannya yang bertugas di bangunan itu bersama tiga anaknya masing-masing berusia 9,7 dan empat tahun.

Salah seorang anaknya kemudian berlari ke arah jeti dan terjatuh ke Sungai Muar sebelum anggota polis tersebut terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka dihanyutkan oleh arus deras.

Slepas hampir 20 jam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan, mayat anak mangsa, Muhammad Faqih, 7, ditemui kira-kira jam 2.40 petang semalam pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#anggota polis lemas
#arus deras
#bomba
#Hospital
#Kanak-kanak
#lemas
#mangsa
#mati
#mayat
#Mohd Fairuz Mohd Hashim
#Muar
#nelayan
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan