Skip to main content

Malaysia

Mayat berlumuran darah ditemukan dalam longkang di Ipoh

Mayat dalam longkang, pelajar IPT, Ipoh
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. - Foto Astro AWANI

IPOH: Seorang juruelektrik terkejut apabila menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan muka berlumuran darah di dalam longkang di Taman Menglembu Impiana Adril, di sini, hari ini.

Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Mani, 58, mayat lelaki tersebut dijumpai kira-kira pukul 11.20 pagi.

Advertisement

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi dan tinggal kira-kira 30 meter dari lokasi mayatnya ditemui.

Mani yang tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata, dia menjumpai mayat itu ketika mahu meletakkan kenderaannya di lokasi teduh bersebelahan longkang.

Katanya, kenderaan itu kemudian tersangkut pada satu objek kecil sebelum turun untuk memeriksanya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki dalam keadaan terlentang dalam longkang dengan muka berlumuran darah.

“Saya segera memaklumkan kepada kawan dan memintanya menghubungi polis. Saya tinggal tidak jauh dari lokasi, hanya selang beberapa rumah sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Menurutnya, pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat itu di samping menjalankan siasatan lanjut.

 

Must Watch Video