BENTONG: Pihak polis mengesahkan penemuan mayat di lereng bukit di Kilometer (KM) 15.1 jalan turun Genting Highlands dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat terbabit daripada orang awam kira-kira jam 3.40 petang.
Menurutnya, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bersama Unit Forensik Kontinjen Pahang hadir ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan awal pihak polis di tempat kejadian mengesahkan penemuan satu mayat yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti.
"Mayat mangsa telah dihantar ke HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan tengah malam Ahad.
Beliau berkata, buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran.
"Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Polis mengesahkan penemuan mayat di lereng bukit di Kilometer (KM) 15.1 jalan turun Genting Highlands pada Ahad. . Gambar hiasan
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak
Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
Mayat ditemui di lereng bukit Genting Highlands
Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Mayat ditemui di sekitar pusat latihan akademi Manchester United
Pusat latihan akademi Manchester United ditutup sementara waktu berikutan penemuan satu mayat manusia berhampiran tempat latihan itu.
Kes Bella: Tiga suspek ditahan reman hingga Sabtu depan
Tiga suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan, bagi membantu siasatan membabitkan penemuan rangka manusia serta tengkorak yang dipercayai Mila Shamila Samsusah, atau Bella.
Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek utama, Mandeep Singh - Polis Selangor
Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lepas merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.
Sumbat mayat dalam guni, pemandu lori didakwa
Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan kes penemuan mayat dalam guni di Taman Bukit Serdang empat minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen.
MV Tung Sung berjaya diapung, usaha cari baki mangsa bermula esok
Proses mengapungkan kapal MV Tung Sung, yang terbalik berdekatan perairan Sebuyau, kira-kira 103 kilometer dari sini, pada 19 Julai lepas berjaya dilakukan sepenuhnya pada 2.30 petang tadi.
Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.