awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
10/01/2025
11:00 MYT
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
RAWANG: Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ariffin Mohamad Nasir berkata pihak polis menerima maklumat penemuan satu mayat pada 2 Jan lalu kira-kira jam 10.37 pagi.
“Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada bahagian leher, dada dan belakang badan mangsa.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah, Asisten Superintendan Ikhwanizam Ismail di talian 019-6000468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126222.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#warga asing
#mayat ditemui
#kesan tikaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan