awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2020
13:37 MYT
Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat. - Foto ihsan JBPM
Mayat seorang lelaki ditemui tanpa kaki dan tangan kanan di anak Sungai Kalumpang Tawau pada Khamis akibat serangan buaya.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Sri Indah Tawau menemui mayat tersebut pada pukul 10.20 pagi dalam satu operasi mencari dan menyelamat.
Ia berikutan aduan kehilangan seorang pekerja syarikat Semporna Estate Sendirian Berhad, Sungai Mas Teck Guan, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dengan kekuatan empat anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tawau bersama seorang pegawai dan tiga anggota PDRM dari Balai Polis Sri Indah Tawau.
Terdahulu mangsa, Binyu Jenul berumur 36 tahun dikatakan turun ke tepi Sungai Sipadan Mangrove Resort untuk mencari umpan bagi tujuan memancing pada jam 3.20 petang pada Rabu.
Saksi, Basir Pungutan Adjihil yang melihat kejadian tersebut berkata mangsa telah dibaham buaya ketika sedang mencari umpan di tepi sungai berkenaan dan kemudian hilang.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Binyu Jenul
#mayat tanpa kaki dan tangan
#Semporna Estate Sendirian Berhad
#serangan buaya
#Sungai Kalumpang Tawau
#Sungai Sipadan Mangrove Resort
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan