NATIONAL
Mayat empat rakyat Malaysia mangsa letupan bom di Bangkok tiba di Pulau Pinang
Mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan bom di Bangkok Isnin lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, Rabu malam.
Pesawat Thai Airways TG 425 yang membawa mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang, 33; anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20; dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, tiba di LTAPP pada 11 malam.
Mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu.
Lebih 20 anggota keluarga lain menunggu di Kompleks Kargo LTAPP sejak 9 malam tadi.

bangkok1
Suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, yang terselamat dalam kejadian itu, tiba di rumahnya di Taman Dedap, Butterworth kira-kira 5.30 petang tadi.
Suasana suram menyelubungi Kompleks Kargo LTAPP sejuruh kesemua mayat itu dibawa keluar dari pesawat berkenaan.

bangkok2
Kesemua mangsa adalah daripada satu keluarga yang bercuti di Bangkok dalam kumpulan tujuh orang.
Kesemua mayat kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa di Taman Dedap, Butterworth dan Kampung Selamat, Kepala Batas.

bangkok3
Ramai warga asing turut terkorban dalam insiden itu yang turut mencederakan lebih 120 orang.
Letupan bom itu, merupakan satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami