Skip to main content

Sukan

Beberapa atlet 'tidak dapat dikesan' selepas Sukan Komanwel Glasgow

Peruth Chemutai, of Uganda, and Faith Cherotich, of Kenya, compete in the women's 3,000 meters steeplechase final at the Commonwealth Games in Glasgow, Scotland, Wednesday, July 29, 2026. (AP Photo/Alastair Grant)
Peruth Chemutai dari Uganda dan Faith Cherotich dari Kenya bersaing dalam acara final 3,000 meter berhalangan wanita pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland. - Foto fail/AP
Advertisement

LONDON: Beberapa atlet dilaporkan “tidak dapat dikesan” selepas Sukan Komanwel Glasgow 2026, menurut Polis Scotland, lapor PA Media/dpa.

Laman berita sukan Uganda, NBS Sport melaporkan empat anggota pasukan tinju negara itu dipercayai hilang di Scotland.

Menurut laporan, atlet berkenaan tidak menyertai semula delegasi lain sebelum pasukan mereka dijadualkan pulang ke Uganda pada Selasa.

“Polis Scotland menerima laporan mengenai beberapa atlet yang tidak dapat dikesan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar dan perbincangan awal sedang diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri,” kata Jurucakap Polis Scotland. 

Ketua Eksekutif Sukan Komanwel Phil Batty ketika ditemui Press Association pada Isnin berkata pihaknya mengalu-alukan hampir 3,000 atlet dari 74 negara ke bandar ini.

“Kami mahu menganjurkan temasya yang selamat dan terjamin, justeru kami bekerjasama rapat dengan Polis Scotland, Pasukan Sempadan serta Jabatan Visa dan Imigresen UK bagi memastikan semua individu tiba dan berlepas mengikut peraturan,” kata beliau. 

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dimaklumkan mengenai sebarang pelanggaran undang-undang imigresen.

Kementerian itu turut mengambil segala langkah yang perlu bagi menghalang individu yang berpotensi menyalahgunakan sistem imigresen daripada memasuki United Kingdom (UK).

Kementerian Dalam Negeri mengamalkan dasar untuk tidak mengulas secara rutin mengenai kes suaka individu, dengan setiap permohonan dinilai berdasarkan merit masing-masing selaras dengan kewajipan antarabangsa UK.

Kementerian Pendidikan dan Sukan Uganda telah dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement