awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan

Bernama
Bernama
19/03/2025
23:45 MYT
Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan
Musliandee Mustafa Kamal. - Foto Malaysia Coast Guard/BERNAMA
ALOR SETAR: Mayat seorang kru bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas telah ditemukan semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat Musliandee Mustafa Kamal, 45, dijumpai pada 4.25 petang semalam.
"Terdapat maklumat mengenai penemuan satu mayat yang terapung di 3.8 batu nautika tenggara Pulau Ajar. Bot KILAT 6 yang dikerahkan ke lokasi telah menjumpai dan membawa naik mayat berkenaan ke atas bot.
"Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan polis telah mengesahkan mayat yang ditemukan itu sama seperti mangsa yang dilaporkan terjatuh dari bot nelayan, Ahad lalu," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada 5.35 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#kru bot nelayan
#Pulau Segantang
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan