awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh

Bernama
Bernama
13/05/2024
02:45 MYT
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.
"Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian," katanya.
Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.
Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#kru kapal
#terjatuh ke laut
#perairan Chittagong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan