awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki cuba selamatkan kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang ditemui terapung

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/06/2023
07:00 MYT
Mayat lelaki cuba selamatkan kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang ditemui terapung
Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira pukul 9.30 pagi oleh orang awam di tepi pantai berhampiran Avani Sepang Goldcoast. - Gambar/ PDRM
SEPANG: Mayat seorang lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak Pantai Bagan Lalang, di sini semalam ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira pukul 9.30 pagi oleh orang awam di tepi pantai berhampiran Avani Sepang Goldcoast.
"Kita menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Md Noor Aehwan berkata, operasi SAR yang ditamatkan malam Ahad disebabkan cuaca gelap dan keadaan tidak mengizinkan disambung semula pukul 7 pagi ini bersama dua bot penyelamat.
Sebelum ini, dua mayat kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun yang lemas ditemukan orang awam dan nelayan antara pukul 2.30 dan 3 petang, di Sungai Sepang Kechil, pada semalam.
Dua kanak-kanak berkenaan adalah adik-beradik, manakala mangsa pula tiada kaitan atau hubungan persaudaraan dengan kedua-dua mangsa.
Topic Berkaitan
#Pantai Bagan Lalang
#lelaki cuba selamat kanak-kanak
#lemas
#mayat ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan