KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 9 pagi.
"Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata tiada senjata ditemukan di lokasi kejadian dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.
Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa. - Foto Sinar Harian
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Mayat lelaki dengan kesan kecederaan ditemukan di Sungai Klang
Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya.
Mayat lelaki lemas ketika korek pasir ditemukan tersangkut di kawasan ternakan ikan
Mangsa ditemukan tersangkut sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi oleh orang awam.
Penunggang motosikal maut, mayat tersangkut pada pokok
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut tersangkut pada dahan pokok selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Pantai-Bukit Tangga pada Ahad.