awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut, mayat tersangkut pada pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2019
16:08 MYT
Penunggang motosikal maut, mayat tersangkut pada pokok
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 dipercayai maut di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut tersangkut pada dahan pokok selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Pantai-Bukit Tangga dekat sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Syed Jamal Syed Zain, 61, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 dipercayai maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa yang datang dari arah Kuala Klawang ke Seremban itu dipercayai tercampak ke dalam gaung sedalam 200 meter.
"Hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas sehingga tercampak ke dalam gaung.
"Mayat mangsa pula ditemui orang awam tersangkut pada dahan pokok," katanya.
Menurutnya, sebelum kemalangan, mangsa bersama tiga lagi rakannya yang turut menaiki motosikal berkuasa tinggi menunggang motosikal menuju ke Seremban.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#dahan pokok
#Hospital Tuanku Ja afar
#Jalan Pantai-Bukit Tangga
#mayat tersangkut
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan