GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi dan mayatnya ditemukan di kawasan parkir di sebuah apartmen di Jelutong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mayat lelaki berumur 33 tahun itu ditemukan oleh penduduk di situ kira-kira 5.40 petang dalam keadaan berlumuran darah di parkir tersebut, sebelum mereka menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama seorang lagi lelaki yang merupakan warga tempatan berusia 52 tahun menyewa sebuah unit apartmen di situ yang dijadikan inap desa sejak 13 April lepas, mereka datang dari Melaka.
"Menurut seorang penghantar makanan yang juga saksi, dia menghantar makanan ke inap desa itu setiap hari iaitu pada 1 tengah hari dan 5 petang, dengan kali terakhir pada 5 petang semalam kepada seorang daripada lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat yang akan dijalankan Isnin ini dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Soffian berkata motif kejadian itu masih dalam siasatan dan pihak polis juga sedang giat mengesan lelaki yang tinggal dengan mangsa bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.
Katanya pemeriksaan dalam inap desa itu tidak menemui sebarang kesan pergaduhan atau pergelutan dan polis juga masih menyiasat tujuan mereka berada di Pulau Pinang.
"Polis menemukan pasport milik mangsa dan dia dipercayai datang dari Dumai, Indonesia pada 23 Mac lepas sebelum datang ke Pulau Pinang. Kami sedang kesan lelaki yang tinggal bersamanya untuk siasatan lanjut kerana kami percaya dia tahu berhubung kejadian ini," katanya.
Menurutnya setakat ini polis klasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sehingga menerima laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar mangsa mati.
Terdahulu tular di media sosial mayat seorang lelaki berlumuran darah dengan keadaan kaki diikat dengan rantai besi pada kerusi dan mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat lapan dengan kesan kecederaan di bahagian kepala serta badan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi dan mayatnya ditemukan di kawasan parkir di sebuah apartmen di Jelutong, semalam. - Gambar hiasan
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Mayat lelaki diikat kaki dan tangan ditemukan terapung dalam sungai
Mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat dan dimasukkan di dalam guni ditemukan terapung berhampiran pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu, hari ini.
Mayat lelaki diikat rantai besi pada kerusi ditemukan di kawasan parkir
Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi dan mayatnya ditemukan di kawasan parkir di sebuah apartmen di Jelutong, semalam.
Mayat mekanik ditemui terapung di tasik
Jasad mekanik ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tertiarap dalam air.