awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dijumpai tersangkut di Sungai Kandis

Bernama
Bernama
16/10/2018
12:14 MYT
Mayat lelaki dijumpai tersangkut di Sungai Kandis
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib (gambar) berkata mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian
Satu mayat lelaki ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Sungai Kandis di Seksyen 36 di sini semalam.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata mayat berkenaan dijumpai oleh penjaga perangkap sampah tersebut kira-kira 12.30 tengah hari sebelum menghubungi pihak polis.
"Pihak polis kemudian meminta bantuan bomba untuk mengambil mayat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib ketika dihubungi berkata mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Ketika ditanya sama ada mayat itu adalah pemuda bermotosikal yang hilang selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah lori dan sebuah kereta di Km14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Jumaat lepas, Baharuddin berkata pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
"Saya difahamkan pihak hospital telah menghubungi keluarga pemuda tersebut bagi engambil contoh DNA untuk proses mengenal pasti sama ada mayat yang jumpai semalam adalah mayat pemuda itu atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharuddin Mat Taib
#hilang
#kemalangan
#mayat
#NKVE
#shah alam
#sungai kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan