awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui rentung dalam kebun kelapa sawit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/03/2024
07:25 MYT
Mayat lelaki ditemui rentung dalam kebun kelapa sawit
Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam lalu. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui rentung di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di sini pada Jumaat.
Mayat lelaki dipercayai penduduk tempatan yang terbakar lebih 90 peratus itu ditemui oleh seorang penjaga kebun buah-buahan lebih kurang pukul 11 pagi semasa dia menghalau kera yang memasuki kebunnya.
Seorang penduduk yang tinggal berdekatan lokasi penemuan mayat itu yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam lalu kerana belum berbau.
"Pihak polis yang datang ke lokasi kemudian membuat pemeriksaan dan membawa mayat untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)di Alor Setar," katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan mayat itu.
"Buat masa sekarang kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan di HSB esok.
"Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
Tambahnya, orang ramai diminta untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan kegusaran awam berkaitan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#mayat rentung
#Sungai Petani
#kebun kelapa sawit
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan