awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
Jabatan Negara AS batalkan lebih 100,000 visa dalam setahun
Hasil imej lucah akan dijadikan kesalahan jenayah di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui terapung di Pulau Bum-Bum

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
04:45 MYT
Mayat lelaki ditemui terapung di Pulau Bum-Bum
Mayat lelaki dewasa itu ditemukan kira-kira jam 8 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa. - Gambar/ Sinar Harian
SEMPORNA: Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan terapung di laut berhampiran Jeti Balembang, Pulau Bum-Bum pada pagi Isnin.
Mayat lelaki dewasa itu ditemukan kira-kira jam 8 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan bagi mengangkat mayat naik ke dalam bot Pasukan Polis Marin (PPM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, Norjali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu daripada pihak polis pada jam 8.24 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh satu kilometer dari BBP Atas Air.
"Tindakan pihak bomba ialah mengambil mayat mangsa yang terapung di laut berhampiran dengan Jeti Balembang Bum-Bum untuk dibawa ke dalam bot PPM.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, sebaik selesai mengambil mayat berkenaan, operasi segera ditamatkan pada jam 9.15 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Bum-Bum
#jumpa mayat
#kes lemas
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan