JOHOR BAHRU: Satu mayat lelaki dalam keadaan terlentang dan hanya memakai seluar dalam ditemukan di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, dekat Muar pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat yang dijumpai pada pukul 11.50 pagi itu dipercayai berada di lokasi tempat pembuangan sampah berdasarkan terdapat longgokan sampah di kawasan terbabit.
"Pemeriksaan fizikal terhadap mayat oleh Pasukan Forensik Zon Utara dan Pasukan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mendapati keadaan mayat telah mereput dengan tiada sebarang identiti mangsa diperoleh," kata beliau dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.
Beliau berkata mayat dihantar ke unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah.
"Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada ia (lokasi mayat ditemukan) merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua (mayat diletakkan di situ).
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan membawa hukuman mati.
Justeru, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Derah Muar bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zakini Ab Latif menerusi talian 013-233 8184.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Mayat dihantar ke unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah. - Gambar hiasan
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Tidak dikehatui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Letupan kilang Puchong Utama: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur" - Saksi
"Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri
Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.
Mayat lelaki Singapura dikhuatiri lemas ditemui
Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat wanita ditemui dengan kesan tetakan
Mangsa ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan tangan kanan hampir putus, kesan kelar pada leher dan luka di bahagian dahi kanan.
Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya
Burung helang, hering dan burung pemangsa lain yang dilengkapi alat pengesan telah digunakan untuk mengesan mayat manusia.