NATIONAL
Mayat lelaki jatuh feri dijumpai

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham. -Foto Astro AWANI
Mayat penumpang yang didakwa terjatuh daripada feri pada Jumaat lepas dijumpai.
Mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham di sini, kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk bedah siasat.
Hasil pemeriksaan menemukan wang RM1, kunci motosikal dan sebuah telefon bimbit pada mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi Jumaat, seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut pada kedudukan 1.2 kilometer Barat Laut berhampiran Terminal Feri Butterworth.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami