MELAKA: Mayat lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan terapung di Sungai Melaka di Kampung Morten di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa, Lim Tee Siang, 38, ditemukan pemandu bot Melaka River Cruise kira-kira 11.25 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
"Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Balai Polis Melaka Tengah bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa terapung di Sungai Melaka dengan muka terlungkup di permukaan air.
"Mayat mangsa hanyut di tepi Sungai Melaka dalam keadaan berpakaian lengkap berbaju dan berseluar serta berselipar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan awal ke atas mayat mendapati tiada kesan perbuatan jenayah kelihatan pada fizikal selain mangsa dipercayai baru meninggal dunia.
Katanya, bapa mangsa Lim Seng Fok, 72, mengesahkan mayat yang ditemukan itu adalah anaknya yang mempunyai masalah mental dan baharu semalam keluar dari Hospital Melaka untuk menjalani rawatan penyakit dihidapinya itu.
Christopher berkata bapa mangsa turut memaklumkan lokasi mayat anaknya itu ditemukan kira-kira 100 meter dari restorannya di Pengkalan Rama di sini.
"Bapa mangsa memaklumkan anaknya itu berada di restorannya pada waktu pagi sebelum kejadian dan keluar bersiar-siar di tepi Sungai Melaka dan dia tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berlaku ke atas anaknya itu," katanya.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Mangsa ditemukan pemandu bot Melaka River Cruise kira-kira 11.25 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada pihak polis. - Gambar/ Ihsan pembaca

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.

Mayat lelaki OKU ditemui terapung di Sungai Melaka
Mayat lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan terapung di Sungai Melaka di Kampung Morten di sini pagi tadi.

Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan
Kontraktor penyelamat yang dilantik itu diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan.

Paras air Lembangan Sungai Melaka di Langkawi capai tahap bahaya - Tuan Ibrahim
Stesen sungai yang mencapai paras bahaya ialah Stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja dengan paras air mencecah 8.91 meter.

Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.

Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik
Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.

Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.

Projek River Lights platform kebangkitan semula artis seni visual, pencahayaan
Projek itu berjaya menghimpunkan puluhan artis daripada pelbagai medium persembahan seperti seni arca, anyaman dan persembahan pentas.

Banjir: Fenomena air pasang, penduduk Kampung Morten berjaga-jaga
Fenomena air pasang kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini sehinggakan dalam tempoh sebulan lima kali kampung itu dinaiki air.

Sungai Melaka bertukar jernih kehijauan sejak PKP
Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).