awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki pakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2021
23:15 MYT
Mayat lelaki pakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok
Mayat seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok di Sungai Semantan dekat Jalan Ketapa 1 di sini pada Sabtu. -Gambar hiasan
TEMERLOH: Mayat seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok di Sungai Semantan dekat Jalan Ketapa 1 di sini pada Sabtu.
Mangsa ditemui di tebing sungai oleh seorang lelaki berusia 46 tahun ketika ingin memancing di sungai terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.35 petang.
Menurutnya, saksi memberitahu mangsa ditemui dalam keadaan meniarap iaitu bahagian muka dan badan ke dalam air selain tersangkut di pokok.
"Pihak polis telah meminta bantuan pihak bomba bagi mengeluarkan mayat mangsa.
"Hasil pemeriksaan luaran tubuh mangsa tiada sebarang kesan kecederaan di badan, namun pada tangan mangsa terdapat gelang merah jambu iaitu gelang pemeriksaan pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat kes positif COVID-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya dalam satu kenyataan.
Roslee berkata, hasil pemeriksaan dengan PKD mendapati mangsa yang berusia 51 tahun itu telah melakukan pemeriksaan COVID-19 pada 25 Ogos lalu dan keputusan ujian didapati negatif.
"Mangsa memiliki 15 rekod kes lampau iaitu 10 berkaitan narkotik dan selebihnya berkaitan jenayah kecurian.
"Walau bagaimanapun, kita akan buat ujian saringan COVID-19 untuk dapatkan keputusan sebelum bedah siasat bagi mengetahui sebab-sebab kematian," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gelang merah jambu
#mayat tersangkut pada pokok
#sungai semantan
#Roslee Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan