awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah

Bernama
Bernama
17/03/2025
07:40 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah
Mayat lelaki tanpa berpakaian ditemui terapung di Sungai Alor Merah, Alor Setar pada Ahad. -Foto tular
ALOR SETAR: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah dekat sini semalam.

Ringkasan AI
  • Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah, dipercayai telah mati beberapa hari dan tidak berpakaian.
  • Polis meminta kerjasama orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat laporan bagi membantu pengecaman mayat.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada orang awam pada 8.31 pagi berhubung penemuan satu mayat di kawasan sungai berkenaan.
"Sepasukan polis telah ke lokasi dan siasatan awal mendapati mayat yang dipercayai lelaki itu ditemukan terapung dalam keadaan tidak berpakaian di dalam Sungai Alor Merah dan dipercayai telah mati beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang telah mereput.
"Pemeriksaan lanjut juga tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat ini, punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan penuh bedah siasat terhadap mayat itu diperoleh kelak.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis meminta kerjasama orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga dalam masa terdekat untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat itu kerana bimbang boleh mendatangkan kegusaran kepada ketenteraman awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki tanpa identiti
#Sungai Alor Merah
#Hospital Sultanah Bahiyah
#pengecaman mayat
#Jabatan Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan