awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Tanjung Piandang

Bernama
Bernama
14/10/2018
02:05 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Tanjung Piandang
Pemeriksaan ke atas mayat tersebut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Piandang, di sini petang semalam.
Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Kuala Kurau Lt. Kdr Mohamad Zainal berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu daripada sekumpulan nelayan kira-kira 5.25 petang.
Sebuah bot peronda APMM digegaskan ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Kuala Kurau, katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya pemeriksaan ke atas mayat tersebut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#dokumen
#kerian
#Kuala Kurau
#mayat
#Mohamad Zainal
#nelayan
#Omar Bakhtiar Yaacob
#pengenalan diri
#perairan
#Tanjung Piandang
#terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan