awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki warga asing ditemukan tergantung

Bernama
Bernama
10/09/2018
02:45 MYT
Mayat lelaki warga asing ditemukan tergantung
Pasukan perubatan dari Hospital Bintulu turut membuat pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan tergantung di sebuah kilang di Jalan Bintulu-Sibu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, mayat lelaki warga asing berumur 23 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 1.20 tengah hari, yang kemudian menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu.
"Polis telah melakukan pemeriksaan awal fizikal mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur-unsur mencurigakan ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkipli berkata, pasukan perubatan dari Hospital Bintulu turut membuat pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan di lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#gantung
#Hospital Bintulu
#kematian mengejut
#kilang
#mayat
#warga asing
#Zulkipli Suhaili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan