awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat nelayan jatuh ke laut ditemui

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2022
00:30 MYT
Mayat nelayan jatuh ke laut ditemui
Mayat Heng Kai San dibawa ke Jeti PPM Teluk Gading sebelum dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang kru bot nelayan tempatan yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke laut di perairan Pulau Layak, Rompin, Rabu lalu ditemui mati lemas, pada Jumaat.
Mayat Heng Kai San, 48 ditemui nelayan tempatan kira-kira jam 9.06 pagi di lokasi kira-kira 8.4 batu nautika timur laut Kuala Endau.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, mayat mangsa dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Teluk Gading sebelum dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, operasi carilamat mangsa ditamatkan jam 10.30 pagi.
"Mangsa disedari hilang kira-kira jam 8.30 pagi ketika bot dinaiki dalam perjalanan pulang pada kedudukan sekitar 2.2 batu nautika timur laut Kuala Endau, dua hari lalu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
"Susulan kehilangan kru bot itu, Maritim Malaysia menyalurkan maklumat kepada Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) Johor dan aset udara bagi mendapatkan bantuan.
"Keluasan sektor pencarian sasaran merangkumi 27.84 batu nautika persegi. Maklumat kejadian ini turut disalurkan kepada komuniti nelayan tempatan dan beberapa rakan agensi untuk bantuan sebelum mayat mangsa berjaya ditemui pagi hari ini (Jumaat)," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jeti PPM Teluk Gading
#kru bot nelayan tempatan
#Heng Kai San
#terjatuh ke laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan