awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pelajar asing ditemukan terapung di tasik The Mines

Bernama
Bernama
07/08/2020
15:21 MYT
Mayat pelajar asing ditemukan terapung di tasik The Mines
Polis berkata mayat dibawa naik dengan bantuan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan.
Mayat seorang pelajar warga China ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tasik The Mines di Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mayat mangsa lelaki berusia 21 tahun itu ditemukan oleh polis bantuan The Mines ketika melakukan rondaan di sektar tebing tasik pada jam 12.32 tengah hari.
Beliau berkata mayat dibawa naik dengan bantuan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pelajar jurusan ijazah kejuruteraan perisian di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.
"Pemeriksaan lanjut, kita mememukan satu kad akses dalam poket mangsa yang menunjukkan dia tinggal di sebuah apartmen di Seri Kembangan dan kali terakhir dilihat oleh rakan serumahnya, kelmarin," katanya.
" Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pelajar warga China
#Polis Daerah Serdang
#Seri Kembangan
#tasik
#TheMines
#Universiti Putra Malaysia
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan