awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat remaja perempuan ditemukan, disyaki mangsa bunuh

Bernama
Bernama
23/08/2022
03:00 MYT
Mayat remaja perempuan ditemukan, disyaki mangsa bunuh
Susulan penemuan mayat, tiga lelaki Orang Asli ditahan polis pada 9.40 malam tadi bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemukan oleh sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang hari sama.
"Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Susulan penemuan mayat itu, Mohd Azahari berkata tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 9.40 malam tadi (22 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini, bagi mendapatkan perintah reman.
Sementara itu, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akan dibedah siasat hari ini, bagi mengetahui punca kematian.
Mohd Azahari meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi polis di 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat ASP Abdul Khaliq Mustopa di 019-9999769.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#Rompin
#Mahkamah Majistret
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan