TUMPAT: Satu mayat reput dengan sebahagian badan dipercayai dimakan haiwan ditemukan terapung di sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, di sini, pada Ahad.
Mayat dipercayai lelaki tersebut ditemukan pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, anggota balai Palekbang menerima satu panggilan daripada orang awam menyatakan terdapat satu mayat terapung di sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, Tumpat.
“Ketua Polis Balai Palekbang bersama empat anggota pergi ke tempat mayat dijumpai dan mendapati terdapat satu mayat terapung di sungai kampung tersebut.
“Mayat dibawa naik oleh anggota polis dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Katanya, tiada sebarang pengenalan diri pada mayat tersebut dan bedah siasat dijalankan oleh doktor mendapati mayat dalam keadaan mereput.
“Sebahagian badan dipercayai dimakan haiwan dan dianggarkan mati dalam jangka masa 36 jam.
“Punca kematian lelaki tersebut tidak dapat dipastikan kerana mayat yang mereput,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan laporan orang hilang menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat dalam tempoh terdekat mendapati tidak ada sebarang laporan diterima.
“Sampel yang diterima daripada pihak hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti identiti mayat,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 11 2022

Satu mayat reput dengan sebahagian badan dipercayai dimakan haiwan ditemukan terapung di sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna,Palekbang, di sini, pada Ahad. -Gambar fail/Getty Images

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mayat dengan 4 kesan tembakan ditemui tersangkut pada pokok
Satu mayat reput dengan empat kesan tembakan di tengkorak kepala ditemui tersangkut pada pokok di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Belakang Berek 12, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Ahad.

Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.

Jumpa mayat reput, polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes bunuh
Dengan tertangkap suspek berusia 24 tahun itu, maka kes berkenaan berjaya diselesaikan.

Jumpa mayat reput: Disyaki ada padanan kes orang hilang- Ketua Polis Perak
Mayat reput yang ditemukan berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, di Ipoh semalam disyaki ada kaitan dengan padanan kes orang hilang.

Mayat reput berhampiran lokasi kemalangan disyaki mangsa bunuh
Hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik (manual strangulation).

Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.

Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Anggota tentera berkenaan dikatakan cuba mengelak sesuatu kelibat yang melintas di hadapan keretanya, sebelum terbabas ke dalam longkang.

Mayat reput dijumpai terapung di sungai Tumpat
Mayat dipercayai lelaki tersebut ditemukan pada jam 11 pagi.

Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan terapung di laut kira-kira 7.0 batu nautika barat laut Pulau Bunting, dekat Yan.

Mayat reput ditemui dalam kebun jambu
Mayat si mati dibawa ke Hospital Taiping untuk membuat ujian COVID-19 sebelum bedah siasat yang dijadualkan hari ini.