awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2024
00:45 MYT
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Anggota bomba semasa operasi membawa keluar mayat yang sudah reput di laluan susur keluar Rawang Bypass, Selangor pada Isnin. - Foto JBPM
RAWANG: Satu mayat yang masih belum dikenal pasti identiti ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass di sini dalam keadaan mereput pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat awal penemuan mayat tersebut pada jam 10.09 pagi.
Beliau berkata, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menguruskan mayat tersebut.
"Jentera bomba tiba di lokasi kejadian jam 10.16 pagi dan pasukan petugas memulakan tugas mengangkat mayat.
"Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Kata beliau, satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung penemuan mayat tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat reput
#Rawang Bypass
#JBPM
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan