awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tangan berikat ditemukan di PPR Jalan Peel

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2018
12:14 MYT
Mayat tangan berikat ditemukan di PPR Jalan Peel
Keadaan mayat yang ditemui orang awam dalam longkang di Blok A, PPR Jalan Peel, pagi tadi. -Foto Facebook
Seorang lelaki ditemukan mati dengan tangannya diikat ke depan di dalam longkang Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Peel di sini, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, mayat yang juga terdapat tali pada leher itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira jam 11.15 pagi.
“Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an itu itu berseluar panjang dan memakai baju t-shirt hitam terbaring di dalam longkang.
“Berdasarkan keadaan mayat mangsa, dia dipercayai mati dalam tempoh anggaran sejak empat hingga lima hari lalu namun pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa dibunuh di lokasi itu atau lain ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, identiti mayat masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang dokumen ditemui pada badan atau berhampirannya setakat ini.
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh hubungi balai polis Wangsa Maju untuk bantu siasatan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Blok A
#Hospital Kuala Lumpur
#Jalan Peel
#Kanun Keseksaan
#PPR
#Projek Perumahan Rakyat
#Seksyen 302
#tangan diikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan