awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat dalam beg

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2014
09:23 MYT
Mayat tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat dalam beg
Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam hingga 36 jam yang lalu dan telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. - Gambar fail
Mayat seorang wanita tanpa kaki dan kepala ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dicampak ke kawasan belukar berhampiran Surau Al-Aslah, berhampiran Jalan Kebun Bunga di sini pagi tadi.
Beg pakaian yang telah dihurungi lalat dan berbau busuk itu ditemui salah seorang pekerja Taman Botani kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan menemui mayat seorang wanita yang telah dipenggal kepala dan dipotong kaki di dalam beg terbabit.
Beliau berkata wanita berkenaan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan berkenaan.
“Sehingga kini, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa.
“Bagaimanapun katanya, polis akan mengambil cap jari mangsa bagi mengenal pasti sama ada mangsa warga tempatan atau pun warga asing,” tambah beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 36 jam yang lalu dan telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan individu hilang.
Topic Berkaitan
#Datuk Abdul Rahim Hanafi
#Ketua Polis Pulau Pinang
#mayat wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan