awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tertiarap di ruang parkir hotel

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2023
11:52 MYT
Mayat tertiarap di ruang parkir hotel
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di bawah ruang parkir kenderaan sebuah hotel. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang kakitangan sebuah hotel di bandar ini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di ruang parkir kenderaan hotel berkenaan.
Lelaki yang enggan dikenali itu memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi, dia sedang memantau keadaan hotel sebelum terhidu bau busuk.
"Saya fikirkan ada haiwan sama ada anjing atau kucing yang mati di ruang parkir itu.
"Saya kemudian mencari arah bau pelik yang tidak seperti biasa itu tetapi terkejut selepas melihat mayat di satu ruang tersorok di parkir berkenaan," katanya.
Pekerja hotel berusia 43 tahun itu kemudian mengambil tindakan menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengepam air. - Foto Sinar Harian
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengepam air. - Foto Sinar Harian
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, seramai sepuluh anggota dengan sebuah jentera terlibat melakukan bantuan mengepam air keluar dari ruang tempat mayat ditemui.
Jelasnya, proses mengepam menggunakan dua unit pam bermula jam 3.30 petang sebelum mayat dibawa keluar pada jam 6.30 petang.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian daripada orang awam. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat tertiarap
#Kota Bharu
#parkir hotel
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan