Proses pengecaman terhadap mayat seorang wanita yang ditemui di dalam kotak di tepi jalan Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, di sini, dua hari lepas, sukar dilaksanakan kerana keadaan dan pakaian mangsa sudah mereput.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata namun begitu, polis sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat wanita dipercayai dibunuh kekasihnya itu bagi mengesahkan mangsa adalah ‘Orang Yang Dilaporkan Hilang’ (OH) pada Jumaat lepas.
“Buat masa ini, pihak polis menggunakan keterangan suspek yang mengesahkan si mati adalah OH sehingga keputusan DNA diperoleh secepat mungkin,” kata Shahurinain menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan berhubung kes itu kini direman seminggu mulai semalam hingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sebelum ini, wanita berumur 33 tahun itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, pada 28 Mei lepas, namun kemudian gagal dihubungi oleh pihak keluarganya, keesokannya.
Keluarganya kemudian membuat satu laporan polis pada Jumaat yang akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki berumur 30-an dengan seorang daripadanya merupakan kekasih wanita tersebut yang dipercayai membunuh mangsa antara 29 Mei dan 4 Jun lepas akibat cemburu.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
Kekasih wanita tersebut dipercayi membunuh mangsa akibat cemburu. - Gambar hiasan
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.