awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Tengku Zafrul cadang pemain lebih selektif pilih kejohanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/01/2026
22:00 MYT
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Anggota dari IPD Shah Alam bersama Pasukan Forensik PDRM dari IPK Selangor digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat wanita warga emas yang ditemui terapung di sebuah kolam tadahan di Shah Alam pada Rabu. - Foto PDRM
SHAH ALAM: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita warga emas yang terapung di sebuah kolam tadahan air hujan di Seksyen U11, Bukit Bandaraya di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi daripada orang awam yang sedang memancing di kolam berkenaan.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat tersebut.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita Melayu warga tempatan berusia lingkungan 70-an dan dipercayai penduduk yang tinggal di taman perumahan berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum mayatnya ditemui.
Tambahnya, kira-kira jam 6 petang pada hari sama, pihak polis telah dihubungi ahli keluarga mangsa yang memaklumkan wanita berkenaan adalah kakak mereka yang tinggal bersendirian di kawasan perumahan berhampiran.
“Proses bedah siasat telah dijalankan di Hospital Shah Alam dan dihadiri oleh ahli keluarga bagi tujuan pengecaman.
"Identiti mangsa telah disahkan dan jenazah telah dituntut oleh pihak keluarga,” katanya.
Menurut Ramsay, punca kematian masih menunggu laporan penuh hasil siasatan makmal.
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (Sudden Death Report – SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-400 3355 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#mayat wanita terapung
#shah alam
#warga emas
#kolam tadahan air hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan