Skip to main content

Malaysia

Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

Penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis. [SINAR HARIAN]
Penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis. - Foto Sinar Harian

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Advertisement

"Kenyataan akan diberikan sebab ada penemuan baharu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan penemuan tersebut melibatkan anggota badan lain atau sebaliknya.

Sebelum itu, penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.

Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam. - Sinar Harian 

Must Watch Video