Mayat seorang wanita disyaki dibunuh ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian berwarna coklat dalam sebuah longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditemui oleh dua pekerja syarikat telekomunikasi yang sedang memeriksa kabel bawah tanah di jalan berkenaan kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Semasa kedua-dua lelaki itu sedang membuat kerja-kerja pemeriksaan kabel, mereka terhidu bau busuk dan mengesyaki ia datang daripada sebuah beg pakaian di dalam longkang kering sedalam kira-kira 2.7 meter (sembilan kaki) di tepi jalan berkenaan.
"Seorang daripada mereka turun ke dalam longkang selebar kira-kira 2.7 meter tersebut dan terlihat ada kesan darah pada beg pakaian berkenaan dan nampak bentuk badan disyaki manusia di dalam beg yang terbuka sedikit itu. Mereka kemudiannya menghubungi polis," katanya dalam satu kenyataan.
Baharudin berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identitinya disumbat dalam beg pakaian berukuran kira-kira 43 sentimeter (cm) lebar serta 60cm panjang itu turut dibungkus kepalanya dengan plastik hitam dan disyaki mati kira-kira tiga hari lepas.
Katanya, pemeriksaan awal juga mendapati mayat berkenaan berada dalam keadaan sempurna serta tidak dikerat namun terdapat satu gelang halus berwarna kuning pada tangan mangsa berkulit cerah dan memakai baju bercorak bunga itu.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada mangsa atau di dalam beg pakaian tersebut. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baharudin turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Daniel Lee di talian 019-6820550 atau 03-55202222. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 26 2019
Pasukan polis mengangkat mayat seorang wanita disyaki dibunuh di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Warga emas tak mampu berjalan ditinggalkan anak
Warga emas tak mampu berjalan ditinggalkan anak
Gara-gara bosan sendirian, remaja seludup masuk rakan dalam beg pakaian
Penduduk mulai curiga dan menghubungi pengawal keselamatan apabila melihat beg pakaian itu bergerak-gerak ketika dia cuba membawanya ke dalam bangunan.
Mayat wanita disyaki dibunuh, disumbat dalam beg dan dibuang di longkang ditemui
Mayat seorang wanita disyaki dibunuh ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian berwarna coklat dalam sebuah longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 di sini awal pagi tadi.
Tak sedar terbawa ular naik pesawat
Seekor ular sawa tanpa sengaja dibawa 'melancong' menaiki kapal terbang dari Queensland, Australia ke Glasgow, Scotland oleh seorang pelancong wanita.
Budak 8 tahun cuba diseludup ke Sepanyol dalam beg pakaian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun telah diseludup ke Sepanyol dari Maghribi di dalam beg pakaian.