MALAYSIA
Mayat wanita lengkap berpakaian ditemukan di tebing sungai Kampung Sri Puchong

Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terlentang di Sungai Klang berhampiran Kampung Sri Puchong, dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari. -Sumber foto PDRM
SUBANG JAYA: Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terlentang di Sungai Klang, dekat Kampung Sri Puchong, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terlentang di Sungai Klang berhampiran Kampung Sri Puchong, dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.
- Mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan identitinya belum dikenal pasti, dengan kesan luka dipercayai akibat terkena batu atau ranting serta badan yang kembung kerana berada lama dalam air.
- Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut dijalankan, dengan polis meminta orang ramai tampil membantu.
"Identiti dan umur mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana keadaan wajah yang telah berubah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Wan Azlan, terdapat kesan luka pada tubuh mangsa dipercayai akibat terkena batu-batu kecil atau ranting di sungai tersebut.
“Keadaan badan mangsa juga didapati telah kembung kerana berada dalam air dalam tempoh yang lama,” jelasnya.
Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami