awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita terbakar: Polis panggil teman lelaki mangsa

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/06/2022
10:37 MYT
Mayat wanita terbakar: Polis panggil teman lelaki mangsa
Mior Faridalathrash berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan. - Gambar fail
IPOH: Polis telah memanggil teman lelaki wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, di Kuala Kangsar, pada Selasa, untuk membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, lelaki berusia 20 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.45 petang Rabu untuk soal siasat.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.
“Pagi ini kita adakan post mortem yang dibantu oleh pakar forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa dalam kes ini.
“Walaupun kita tahu mangsa mati akibat dibakar bila kita jumpa... dan ada kesan kecederaan di bahagian kepalanya, namun pagi ini pihak forensik akan bantu kita, pakar patologi akan bantu kita untuk kenal pasti punca kematian,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penganugerahan ‘Pride Of Workmanship’ kepada Frontliners PDRM oleh Kelab Rotary Malaysia di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak, di Ipoh pada Khamis.
BACA: Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Pada Selasa, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah mati dibunuh dan dibakar di lokasi sama.
Polis turut menjumpai seketul batu konkrit dengan kesan darah berhampiran mayat, yang dipercaya senjata digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, identiti mangsa iaitu wanita berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, sudah disahkan oleh adiknya yang berusia 19 tahun pada Rabu.
Menurutnya, adik mangsa datang ke IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan mengenai kehilangan kakaknya selepas gagal dihubungi.
Topic Berkaitan
#mayat wanita terbakar
#rentung
#Sungai Kuala Kangsar
#Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan