Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata mangsa, Syaiyad Ali bernombor pasport BC0214534, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh orang awam kira-kira pukul 11.45 malam.
Beliau berkata dua saksi kejadian memberitahu polis mereka terlihat api ketika melalui kawasan berhampiran pesisir pantai berkenaan sebelum menjumpai mayat lelaki itu yang telah terbakar.
"Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa berumur lingkungan 40-an itu hampir seratus peratus terbakar namun ada kesan luka pada belakang badan dan dahi dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan pantai itu untuk dibakar bertujuan untuk memusnahkan bukti," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, di sini hari ini.
Zailan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa memakai cincin pada kedua-dua jari manis. Dompet berisi pasport miliknya selain dua keping wang RM20 dan RM10 dijumpai di dalam poket baju hadapan yang turut terbakar.
Bagaimanapun katanya, satu penutup botol minyak pelincir kenderaan jenama Castrol turut dijumpai berhampiran tempat kejadian dan polis percaya ia adalah daripada bekas bahan yang digunakan suspek untuk membakar mangsa.
Zailan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan gerakan memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan sedang giat dijalankan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2016
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata mangsa, Syaiyad Ali bernombor pasport BC0214534, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh orang awam kira-kira pukul 11.45 malam. - Gambar Fail
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri
Mayat seorang lelaki warga Bangladesh dijumpai dalam keadaan kepala terputus di tapak projek pembinaan pangsapuri 20 tingkat di Alam Jaya, Jeram, dekat sini dalam insiden Khamis lepas.