awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga Nigeria ditemui dalam bilik

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2022
23:30 MYT
Mayat warga Nigeria ditemui dalam bilik
Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Taman Sri Serdang pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SERDANG: Misteri bau busuk di sebuah kejiranan di Taman Sri Serdang terungkai susulan penemuan mayat seorang lelaki warga Afrika dalam sebuah rumah, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa yang merupakan bekas penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dipercayai telah meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak empat hari lalu.
"Siasatan awal telah di jalankan dan di dapati mangsa merupakan warga Nigeria berumur lingkungan 31 tahun yang merupakan bekas pelajar UPM, Serdang dan telah tamat belajar pada tahun 2017.
"Mangsa tinggal bersendirian di alamat berkenaan dan tiada maklumat berkenaan dirinya selepas mangsa tamat belajar di UPM," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Anbalagan berkata, mangsa dipercayai menghidap pelbagai penyakit susulan penemuan ubat-ubatan di atas namanya yang ditemui di dalam bilik tidur di kediaman terbabit.
Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat oleh seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini pada 5 Disember lalu.
"Patologi Hospital Serdang mengatakan tempoh kematian dalam empat hari manakala pemeriksaan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan pasukan perubatan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki warga Nigeria
#A A Anbalagan
#meninggal dunia
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan