GADGETS
Maybank umum penyelenggaraan sistem berjadual 10 dan 17 Mei ini

Penyelenggaraan ini dilakukan secara berkala bagi memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian sentiasa lancar dan berfungsi dengan baik. -Amanz
MAYBANK memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual pada Sabtu, 10 dan 17 Mei 2025.
Ringkasan AI
- Maybank akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual pada 10 dan 17 Mei 2025.
- Beberapa perkhidmatan utama seperti ATM dan perkhidmatan perbankan dalam talian akan mengalami gangguan sementara.
- Maybank memohon maaf atas kesulitan dan menghargai kesabaran pelanggan.
Antara perkhidmatan terlibat termasuklah mesin ATM yang tidak akan tersedia dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.
Selain itu, perkhidmatan DuitNow Transfer, DuiNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Debit Mandate melalui Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) turut akan mengalami gangguan dari pukul 3 pagi hingga 8 pagi pada tarikh sama.
Pihat Maybank dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kesabaran pelanggan.
Pihak bank boleh dihubungi melalui saluran rasmi mereka untuk sebarang pertanyaan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami