KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah meminta Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berbincang dengan Singapura berhubung pergerakan rentas sempadan terutama bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik ke negara jiran itu kerana bekerja.
"Yang penting (berkenaan) perjalanan harian kerana melibatkan beratus ribu sedangkan Singapura masih tidak buka (sempadan untuk tujuan itu). Pekerja (rakyat Malaysia) di sana ada yang duduk tidak balik (ke Malaysia) sebab perjalanan harian duduk di Johor Bahru tidak dibenarkan masuk sudah setahun lebih," katanya semasa wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru baru ini.
Beliau berkata sebelum ini, Singapura tidak bersedia menerima kemasukan dari Malaysia memandangkan kes di Malaysia yang tinggi termasuk membatalkan Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura.
"Tetapi sekarang kita pun agak bimbang dengan kes di Singapura yang meningkat telah sampai 2,000 kes sehari. Tetapi kita masih akan teruskan perbincangan dengan Singapura (untuk pembukaan sempadan)," katanya.
Sebelum ini, Malaysia dan Singapura telah bersetuju melaksanakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura di bawah skim RGL dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bermula 17 Ogos tahun lepas tetapi kemudian Singapura menangguhkan RGL sejak 1 Feb tahun ini manakala Malaysia mengambil tindakan serupa bermula 13 Mei lepas.
Mengenai perjalanan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara melepasi kadar 90 peratus, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dicapai tidak lama lagi dan beliau akan mengumumkannya bersama dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
Sehingga 11.59 malam tadi, seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Sebelum ini, Singapura tidak bersedia menerima kemasukan dari Malaysia memandangkan kes di Malaysia yang tinggi termasuk membatalkan Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.
Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.
RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta
Kerajaan negeri hari membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.
2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB
2,626 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.
Belanjawan 2024: Insentif untuk Johor jadi tunjang utama pembangunan negeri - MB
Onn Hafiz menyifatkan insentif diberikan kepada Johor menerusi Belanjawan 2024 akan terus menjadi tunjang utama dalam pembangunan negeri Johor.
Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla
Kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan dan potensi Johor untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.
Pembangunan Mersing perlu kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB
Pembangunan daerah Mersing memerlukan kerjasama dan gabungan usaha antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Johor catat RM10.6 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023
Pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.