IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebencian.
"Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin parti politik yang menggunakan video yang diedit itu untuk melemparkan kecaman dan maki hamun. Maki hamun yang dilemparkan pula tidak bersandarkan fakta dan hujah yang benar," katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau turut menyertakan video asal sidang media berhubung isu itu pada 12 April lepas.
Saarani berkata beliau berharap pihak berkenaan supaya bermuhasabah, cermat dan berhati-hati memainkan isu yang boleh mengundang kekeliruan serta kebencian.
Beliau sebaliknya berkata usaha untuk menambah jumlah tanah rizab Melayu di Perak terus dipertingkatkan sehingga jumlahnya merekodkan peningkatan saban tahun.
Katanya setakat tahun lepas, sejumlah 953,075 hektar Tanah Rizab Melayu telah diwartakan di Perak.
"Jumlah ini dijangka meningkat kerana ketika ini Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang mewartakan 996.04 hektar lagi kawasan Tanah Rizab Melayu yang akan diberikan hak milik kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
"Pada masa sama, saya telah arahkan PTG supaya jika terdapat keluasan tanah tertentu yang dibatalkan status rizab Melayu disebabkan pembangunan, ia mesti diganti dengan nilai setimpal atau keluasan sama atau lebih," katanya.
Menurutnya beliau konsisten dengan pemansuhan tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenang sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.
"Saya maafkan semua yang mencerca dan memaki hamun kerana saya mahu bersangka baik mereka tidak tahu cerita sebenar.
"Kepada pihak yang edit video saya semata-mata untuk menimbulkan amarah dan kebencian, saya mendoakan moga diberi hidayah oleh Allah SWT untuk selalu dijernihkan hati melakukan kebaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Saarani berkata, video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya. - Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Isu pengusaha pertanian Mukim Pasir Panjang: Tiada penganiayaan, pengusiran paksa - MB
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihak MB Inc telah mengadakan beberapa siri rundingan secara langsung bersama pengusaha terbabit sejak 2021.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
'Tapak bina rumah tak masuk akal'
Pengetua maahad mendakwa, kedudukan binaan itu terlalu hampir dengan pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru.
MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial.
Berjaya bina lebih 50,000 rumah mampu milik, Perak tetap sasaran baharu
Selepas berjaya melebihi sasaran membina 50,000 buah rumah mampu milik menjelang 2025, Perak akan menetapkan sasaran baharu, sesuai dengan keperluan akan datang.
Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023
Peruntukan itu antaranya untuk menaik taraf di laluan Jalan Raya Timur-Barat serta menyelesaikan masalah kekurangan katil di HRPB.
Pasangan bernikah di Thailand perlu daftar, denda tetap dikenakan - MB Perak
Sekiranya perkahwinan didaftarkan dengan JAIPk, anak yang lahir boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian ibu MB Perak
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
PH, BN Perak sepakat bentuk Jawatankuasa Perundingan
Jawatankuasa Perundingan akan memastikan agenda kestabilan dalam kerajaan sentiasa dapat dipertahankan.