awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Peserta negara serantau bincang isu kesihatan mental belia ASEAN
MALAYSIA
Warga ATM perlu elak muat naik kandungan tidak wajar di media sosial
DUNIA
Damsyik nafi laporan cubaan bunuh Presiden Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MBDK tolak cadangan pembinaan memorial berhampiran Masjid Kampung Raja Uda

Bernama
Bernama
29/06/2025
07:40 MYT
Sponsor Banner
MBDK tolak cadangan pembinaan memorial berhampiran Masjid Kampung Raja Uda
Pada 6 Jun, media melaporkan penduduk berhimpun bagi membantah cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda. - Gambar fail/ Bernama
KLANG: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menolak cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang dekat sini.

Ringkasan AI
  • Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menolak cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda selepas mengambil kira isu teknikal dan bantahan penduduk setempat.
  • Pemaju masih boleh mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dalam tempoh 30 hari, dan seterusnya ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Rayuan.
  • Lebih 300 notis bantahan telah dihantar oleh penduduk Kampung Raja Uda, dan sesi pendengaran awam turut diadakan dengan wakil penduduk serta pemaju sebelum keputusan dibuat oleh MBDK.

Datuk Bandar MBDK Datuk Abd Hamid Hussain berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) pada Khamis setelah mengambil kira isu teknikal dan bantahan penduduk setempat terhadap pembinaan memorial terbabit.
"Pihak pemaju atau pemohon bagaimanapun boleh memfailkan rayuan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dalam tempoh 30 hari.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Rayuan, mereka boleh memfailkan perkara itu ke mahkamah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Clean & Green Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di sini hari ini.
Abd Hamid berkata pihaknya telah melaksanakan proses sewajarnya dalam mempertimbangkan permohonan pihak pemaju sebelum membuat keputusan berkenaan.
Pada 6 Jun, media melaporkan penduduk Kampung Raja Uda berhimpun bagi membantah cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat di atas tanah milik persendirian seluas satu hektar bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Raja Uda Azhar Ibrahim dilaporkan berkata sebahagian besar daripada 5,000 penduduk kampung yang tidak bersetuju dengan pembinaan memorial berkenaan telah menghantar lebih 300 notis bantahan secara dalam talian kepada MBDK.
Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri telah mewakili penduduk dalam sesi pendengaran awam dengan pemaju yang dikendalikan Timbalan Datuk Bandar MBDK Mohd Zary Affendi Mohd Arif pada 19 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masjid Kampung Raja Uda
#MBDK
#pembinaan memorial
#Abd Hamid Hussain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami