awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBI jadi PBT pertama sedia tempat rehat untuk penghantar makanan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/09/2021
04:48 MYT
MBI jadi PBT pertama sedia tempat rehat untuk penghantar makanan
Pada majlis hari ini, Nolee Ashilin turut menyerahkan baucer minyak kepada setiap penghantar makanan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang menyediakan tempat rehat untuk lebih 2,000 penghantar makanan di bandar raya itu.
Sebanyak tujuh buah tempat 3R (rehat, rawat rider) dibina, lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas, cas telefon bimbit dan wifi percuma.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, tujuh lokasi itu ialah di Pusat Bandar, Meru Raya, Jelapang, Medan Gopeng, Klebang, Station 18 dan Taman Ipoh.
Menurutnya, MBI mengambil inisiatif membina 3R itu agar penghantar makanan boleh berkumpul, berehat, berbincang serta mengadakan mesyuarat kecil serta solat di situ.
“Ini juga adalah salah satu cara untuk memberi penghargaan kepada penghantar makanan kerana merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan,” katanya selepas merasmikan 3R di Pusat Bandar berhampiran Bangunan MBI, di sini, hari ini.
Menurut Nolee Ashilin, hampir RM500,000 peruntukan disediakan untuk membina tujuh 3R itu yang juga merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 5 yang diumumkan pada Disember lalu.
Katanya, daripada tujuh lokasi itu, empat telah siap dibina iaitu di Pusat Bandar, Meru Raya, Jelapang dan Medan Gopeng manakala tiga lokasi lagi dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung bulan ini.
Nolee Ashilin berkata, kerajaan negeri juga akan melihat keperluan untuk membina tempat rehat seumpama itu di daerah-daerah lain.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sebanyak 200 baucer minyak yang bernilai RM5 setiap satu kepada penghantar makanan.
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Ipoh
#tempat rehat
#penghantar makanan
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan