awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBS disaran kaji semula waktu operasi bazar Aidilfitri di Senawang - Aminuddin

Bernama
Bernama
28/01/2026
10:00 MYT
MBS disaran kaji semula waktu operasi bazar Aidilfitri di Senawang - Aminuddin
Aminuddin berkata waktu operasi bermula 6 petang hingga 12 tengah malam didapati tidak sesuai dan wajar diteliti semula. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyarankan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengkaji semula waktu operasi Bazar Aidilfitri Dataran Senawang bagi memastikan keselesaan semua pihak serta memberi ruang kepada orang ramai menunaikan ibadah sepanjang Ramadan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata waktu operasi yang ditetapkan bermula 6 petang hingga 12 tengah malam didapati tidak sesuai dan wajar diteliti semula demi kepentingan peniaga serta pengunjung yang lazimnya hadir ke bazar selepas menunaikan solat Tarawih.
"Kerajaan negeri berpandangan waktu operasi ini wajar dikaji semula supaya selepas berbuka puasa, orang ramai dapat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih terlebih dahulu sebelum mereka keluar semula untuk berniaga atau berkunjung ke bazar.
"Walaupun solat sunat tarawih tidak diwajibkan, kerajaan negeri menggalakkan pelaksanaannya secara berjemaah memandangkan ibadah itu hanya dilakukan sekali setahun sepanjang Ramadan.
"Biarlah kita mengutamakan ibadah terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Aminuddin berkata kehadiran pengunjung ke bazar di Dataran Senawang bukan sahaja melibatkan penduduk setempat, malah turut menarik pengunjung dari daerah lain termasuk dari negeri jiran.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung rungutan peniaga yang tidak berpuas hati dengan waktu operasi bazar yang ditetapkan MBS bermula 6 petang hingga 12 tengah malam, selain tindakan penganjur mengenakan caj denda sehingga RM350 sejam sekiranya peniaga berniaga melebihi tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan anak mereka selepas mangsa maut akibat tertinggal di dalam kereta, semalam.
"Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang. Ia bukan disengajakan dan kita berdoa supaya semua pihak sentiasa berhati-hati serta menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Seremban MBS
#Bazar Ramadan
#Dataran Senawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan