SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah memanggil penganjur yang dilantik bagi tapak Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang di sini berhubung isu sewaan tapak bazar itu terlalu tinggi sehingga mencecah RM17,000.
MBS dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, pihaknya mendapati penganjur Dataran Senawang 2 telah menghebahkan harga tanpa merujuk kepada pentadbiran MBS terlebih dahulu.
"Hal ini bertentangan dengan syarat yang telah ditetapkan bagi Penganjuran Bazar Aidilfitri 1445H/2024M.
"Sehubungan itu, penganjur telah berjanji akan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dan penganjur juga perlu merujuk kepada MBS bagi penetapan kadar sewaan tapak bazar," katanya pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan harga tapak khemah bazar Aidilfitri paling 'hot' di Dataran Senawang didakwa mencecah sehingga RM17,000.
Difahamkan harga yang disifatkan cekik darah itu ditawarkan untuk khemah di bahagian hadapan yang sememangnya menjadi rebutan peniaga setiap tahun.
Penganjur tersebut didakwa turut cuba meraih keuntungan dengan menetapkan harga mengikut lokasi dan saiz khemah bermula RM5,000 hingga RM15,000.
Selain itu peniaga yang berminat diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga yang dipersetujui manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama iaitu 12 Mac, sebelum memasuki tapak.
Sementara itu, menurut kenyataan MBS itu lagi, penganjur juga telah bersetuju untuk memberikan satu kadar yang munasabah dan berpatutan kepada MBS sebelum menguar-uarkan semula kadar yang baharu.
"Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, warga bandar raya Seremban boleh menghubungi MBS atau aduan melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
MBS mendapati penganjur Dataran Senawang 2 telah menghebahkan harga tanpa merujuk kepada pentadbiran MBS terlebih dahulu. - Gambar hiasan
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
COVID-19: Karnival Bandaraya Seremban 2020 ditangguhkan
Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ditangguhkan.
Selepas tiga hari kerajaan baharu, pasaran kekal stabil
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan, pasaran kewangan kekal berada dalam keadaan stabil meskipun negara kini di bawah pemerintahan kerajaan yang baharu.