ALOR SETAR: Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
Tempoh kerja yang panjang, bertugas tanpa mengira waktu siang dan malam termasuk hari kelepasan am serta suasana kerja yang ada ketikanya tidak kondusif di bawah terik mentari dan basah hujan, menuntut setiap petugas media mempunyai jiwa yang kental dan cukup bijaksana dalam mengawal emosi.
Koordinator Program Kewartawanan dan Penerbitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Khairun Nizam Mohammad Yusuff berkata walaupun golongan itu nampak 'gagah', mereka sebenarnya perlu diberi pendedahan berkaitan literasi emosi melalui penganjuran kursus, bengkel atau taklimat secara berkala bagi memastikan apa sahaja konflik dapat ditangani dengan baik.
"Beberapa kajian mendapati kondisi kesihatan mental petugas media yang lemah memberi kesan kepada bukan sahaja hasil kerja malah keadaan kesihatan fizikal mereka. Mereka sukar mengekalkan objektiviti dalam pelaporan dan pemberitaan yang dihasilkan sekadar melengkapkan tugasan, tiada kesungguhan dan penulisan menjadi hambar.
"Di Amerika Syarikat, 90 peratus petugas media yang membuat liputan peristiwa trauma seperti bencana alam misalnya, akan mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Malah insiden melibatkan keganasan turut menyumbang kepada gejala PTSD dalam kalangan petugas media," katanya kepada Bernama.
Menurut Khairun Nizam, kajian di Serbia menunjukkan sebahagian besar wartawan mengalami keletihan emosi di tempat kerja dan kebanyakan mereka percaya bahawa tekanan secara signifikan menyumbang kepada penyakit fizikal yang lain.
Sehubungan itu, beliau berkata selain cabaran evolusi media dalam era globalisasi, kesihatan mental petugas media juga merupakan antara elemen penting yang harus dibahaskan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini.
Wartawan penyiaran TV3 R. Kumaran,39, senada bahawa isu kesihatan mental sangat perlu dititikberatkan kerana sebarang polemik yang dihadapi petugas media akan turut memberi kesan dalam institusi kekeluargaan.
"Kerjaya ini agak mencabar kerana kekangan masa, waktu bekerja tak menentu menjadikan petugas media perlu mempunyai pasangan dan keluarga yang memahami kerana jika keadaan mental tidak sihat, ia turut menyebabkan hubungan kekeluargaan tidak stabil.
"Bekerja tanpa mengira waktu juga menyebabkan ramai petugas media tidak dapat menjaga diet mereka dengan baik, misalnya makan asal cukup untuk mengisi perut, makan di luar waktu menjadikan kesihatan fizikal merosot dan akhirnya meninggalkan tekanan pada emosi," katanya.
Bagi wartawan Sinar Harian Roshila Murni Rosli, 32, yang terlibat membuat liputan bencana alam, beliau pernah disahkan mengalami gejala gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).
"Saya pernah membuat liputan bencana kepala air di Taman Rekreasi Titi Hayun di Yan beberapa tahun lepas yang melibatkan kematian. Sejak itu saya tidak pernah membenarkan keluarga mengunjungi mana-mana kawasan air terjun kerana perasaan risau dan trauma itu sentiasa ada dalam diri.
"Saya juga dihantui perasaan gelisah, risau berlebihan dan terlalu berfikir sehingga disahkan mengalami gangguan kebimbangan pada 2021 dan berharap pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada emosi petugas media," katanya.
HAWANA 2024 yang mengangkat tema "Etika Teras Kewartawanan Mapan", merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.
Kemuncak sambutan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei
Pelbagai program dirangka antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024, serta program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah yang akan dilancarkan pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 dan sambutan itu bertujuan meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermaklumat selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Tempoh kerja yang panjang dan bertugas tanpa mengira waktu antara faktor menuntut setiap petugas media mempunyai jiwa yang kental dan cukup bijaksana dalam mengawal emosi. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.