awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM

Bernama
Bernama
30/09/2022
02:15 MYT
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
Datuk Zamani Ahmad Mansor telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat pada Khamis. - Foto fail
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada petang Rabu.
MBSA dalam kenyataan menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam itu oleh SPRM bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dan dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.
"Datuk Bandar Shah Alam telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat pada Khamis (29 Sept). Pihak MBSA juga ingin menegaskan bahawa akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM," menurut kenyataan itu.
Media semalam melaporkan, SPRM berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di MBSA susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.
BACA: SPRM bongkar kartel monopoli projek di MBSA
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#Zamani Ahmad Mansor
#SPRM
#bantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan