MCA bertekad untuk bangkit kembali memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini selepas merekodkan prestasi hambar pada PRU13 yang lepas.
Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi yang ditandingi.
Diperlekehkan pembangkang kononnya MCA tidak lagi relevan untuk membawa aspirasi dan harapan rakyat, khususnya masyarakat Cina di negara ini, ia lantas dijadikan pembakar semangat pasukan di bawah pimpinan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk terus berusaha keras bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon dalam temu bual bersama Bernama mengakui faktor permasalahan dalaman MCA sebelum ini menyebabkan ramai masyarakat Cina mula berpaling daripada parti itu.
"Sebelum ini kalau melihat dari 2008 hingga 2013, dah berapa kali kita mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) sampai masyarakat Cina dah tak mahu lihat berita-berita berkaitan MCA. Tetapi selepas tiga tahun di bawah Datuk Seri Liow, tidak ada lagi pasukan A, B dan tiada lagi EGM yang dipanggil untuk menjatuhkan mana-mana pihak," katanya.
Pada PRU13, slogan 'Inikalilah' yang dimainkan pembangkang khususnya DAP kata Chong, berjaya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Cina, sehingga mereka percaya mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut mengenai PRU13, Chong berkata MCA mengambil penuh iktibar dan kini berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat umum.
"Masyarakat Cina ada sekumpulan yang dah tidak boleh percaya adanya peluang untuk menukar kerajaan. Ramai juga menyatakan ahli pembangkang tidak melaksanakan tugas sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen dengan baik dalam lima tahun yang lepas. Jadi pada pandangan saya, sokongan mereka kepada pembangkang tidak mungkin akan kembali kepada tahap peratusan yang begitu tinggi kali ini," katanya.
Mengenai sokongan masyarakat kini kepada MCA, Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata kesatuan yang jitu ditonjolkan pimpinan parti telah memberi impak positif kepada pola sokongan masyarakat.
"Pada masa yang sama kita juga lihat NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Cina telah kembali bersama MCA. Sebelum ini, NGO-NGO itu tidak mahu dilihat bersama MCA tetapi di bawah pimpinan Datuk Seri Liow, dialog dan program tahunan yang dianjurkan MCA telah mendapat sambutan yang hangat daripada mereka.
"Jadi ini semua adalah tanda-tanda bahawa kita mula mendapat semula sokongan rakyat. Saya tak boleh menyatakan majoriti Cina telah kembali kepada MCA atau BN, tapi kalau bandingkan dengan PRU yang lepas keadaannya jauh lebih baik hari ini," katanya.
Chong berkata MCA juga berazam untuk mengembalikan zaman kegemilangan parti itu, yang kini telah menjangkau usia 68 tahun pada PRU14, untuk kekal menjadi wadah perjuangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Parti berazam untuk meraih sekurang-kurangnya 15 atau 20 kerusi Parlimen pada PRU14 ini. Jangkaan MCA, kita tak mahu letakkan satu sasaran yang tidak boleh dicapai tetapi kita mahu kembali kepada sekurang-kurangnya 15 ke 20 kerusi Parlimen.
"Bagaimanapun, sasaran itu hanya akan dapat direalisasikan sekiranya parti meletakkan 'winnable candidates' (calon boleh menang) dan melaksanakan siri kempen yang betul," katanya.
Chong yang juga dikatakan calon BN bagi Parlimen Seremban berkata MCA kini mengambil sikap proaktif dengan menentukan calon lebih awal bagi memudahkan calon berkenaan melakukan gerak kerja.
"Kita boleh memberitahu kepada pengundi kawasan tersebut inilah calon kita. Kita akan menamakan lebih ramai calon yang baharu dan muda untuk memberikan pilihan yang baharu kepada pengundi kita.
"Saya berterima kasih kepada kepimpinan pusat kerana memberi peluang kepada lebih ramai calon muda, baik lelaki mahupun wanita supaya boleh membawa imej baharu MCA kepada masyarakat pelbagai kaum," katanya.
Chong dalam pada itu berazam untuk menghadiahkan kerusi Parlimen Seremban kepada BN pada PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 20 2018
Chong berkata MCA juga berazam untuk mengembalikan zaman kegemilangan parti itu. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.