awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA tubuh jawatankuasa kaji Akta 355 - Liow

Bernama
Bernama
04/12/2016
00:05 MYT
MCA tubuh jawatankuasa kaji Akta 355 - Liow
Jawatankuasa itu, yang akan diterajui Biro Undang-undang MCA, akan menghimpunkan pakar undang-undang bagi membincangkan perkara berkenaan. - Gambar fail
MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa undang-undang bagi meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tugas itu akan dilaksanakan dengan kerjasama dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan.
Menurutnya, jawatankuasa itu, yang akan diterajui Biro Undang-undang MCA, akan menghimpunkan pakar undang-undang bagi membincangkan perkara berkenaan.
"Memandangkan cadangan pindaan itu akan memberi kesan terhadap sistem undang-undang negara kita..., maka kita perlu buat kajian terperinci mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaktif dengan dewan perniagaan dan persatuan Cina di Wisma MCA di sini pada Sabtu.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jawatankuasa itu akan menjadi saluran bagi MCA untuk menyampaikan pandangannya kepada masyarakat berhubung cadangan pindaan berkenaan yang dibuat melalui Rang Undang-undang Persendirian PAS. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#hudud
#Liow Tiong Lai
#MCA
#PAS
#RUU355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan